Widgets

Elak virus ! Cegah Sebelum Kena !

Cegah Sebelum Kena !

Ramai yang tidak tahu perkara ini dan ramai yang amik mudah hal ini. Di mana selalunya datang VIRUS di Komputer anda ? Apabila VIRUS wujud di Komputer anda, nak buat kerja pun tak senangkan? Jadi, cegah sebelum kena !

Artikel kali ini saya akan tunjukkan 2 langkah mudah untuk anda mengelak daripada terkena serangan VIRUS dan juga tips tambahan untuk anda menyimpan data anda dengan selamat. Biasanya VIRUS yang datang kebanyakannya daripada Pen Drive atau Thumb Drive anda. Dengan langkah yang saya tunjukkan ini, anda tidak perlu Antivirus pun boleh selamatkan komputer anda daripada terkena serangan VIRUS…Betul ke ni ? Ya, hanya 2 langkah ! Tak percaya..ikut langkah ini…
Langkah 1 : Apabila anda masukkan Pen Drive atau Thumb Drive di komputer anda, biasanya akan muncul satu tetingkap “Autoplay” seperti di bawah ini. Ini adalah satu kesilapan yang ramai orang tidak tahu perkara ini kerana kebanyakannya akan klik terus pada “Open Folder to View Files”…betul tak saya cakap ni? Tahukah anda apabila anda klik sahaja pada Folder tersebut, secara automatik VIRUS akan masuk ke komputer anda ? Ya, secara tidak langsung anda telah aktifkan satu file yang dinamakan “AutoRun.inf”…Walaupun file ini bukanlah VIRUS sebenarnya tapi file inilah penyebab VIRUS anda berkembang dikemudian hari…Jadi macam mana nak buka Pen Drive anda ? Baca langkah seterusnya…



Langkah 2 : Buka My Computer anda dan buka Pen Drive anda melalui Address Bar yang biasanya berada di atas dan tengah-tengah My Computer anda. Untuk Pengguna Windows Vista ke atas, klik pada anak panah kecil di sebelah perkataan Computer dan satu menu Drop Down akan muncul memaparkan semua yang terdapat di Komputer anda seperti dalam gambar pertama..

Untuk pengguna Windows XP ke bawah, anda juga perlu klik pada anak panah kecil yang terdapat di Address Bar anda seperti dalam gambar yang kedua di bawah.. Kemudian, klik pada Pen Drive anda dan SELESAI…!! Wah, mudahnya ! Perkara mudah inilah yang kebanyakan orang tidak ambil peduli dan tidak sedar.





Saya telah amalkan langkah ini sejak dari dulu lagi dan saya tidak perlukan Antivirus dalam Komputer saya kerana saya yakin Komputer saya tidak mempunyai VIRUS..:) Jika anda amalkan langkah ini, insyaAllah komputer anda akan selamat daripada serangan VIRUS. Sebenarnya banyak sebab yang boleh menyebabkan komputer anda terkena serangan VIRUS ini, tapi saya bagi tips gempak yang selalu berlaku disebabkan Pen Drive dan orang tak pernah terpikir hal ini.. Percayalah kerana langkah ini telah diuji berjuta kali dan dicuba dibeberapa buah komputer..

Tips Gempak Tambahan.

Di manakah tempat yang paling selamat untuk anda simpan data anda? Kebanyakan orang akan ambil jalan mudah dengan menyimpan datanya di [Desktop] Komputer atau pun di [My Document] atau di mana-mana sahaja dalam [Local Disk C]. Untuk keselamatan data anda, pastikan anda JANGAN simpan di tempat yang saya sebut di atas, lebih baik simpan di [Local Disk D] anda ataupun di partition yang lain selain daripada [Local Disk C] kerana aktiviti-aktiviti VIRUS selalunya akan serang di [Local Disk C] dahulu dan data anda susah untuk diselamatkan.





Amal dan pesan-pesan pada kawan-kawan anda yang pinjam komputer anda yer…!


Komen Facebook
4 Berikan komen anda

4 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

terbaik terbaikkkkkkk :) thanks ya :D

http://violencexx.blogspot.com/

Reply

@Mambang Terbang welcome bro ! jgn lupa untuk share ! heheee

Reply

bagaimana pula sekiranya semua browser yg saya ada tak boleh nak connect dengan fb....sedangkan semua website lain boleh saya connect kecuali fb.Boleh bantu tak... saya ingat nak format kan je kat kedai tapi kalau ada jalan lain...mungkin itu lebih baik...sekira dapat membantu..harap tinggalkan pesan di s/box saya dan saya akan kesini lagi utk melihat cara penyelesaian nya... t/kasih..

Reply

@zaly cuba try cara ni .. http://mieneaststar.blogspot.com/2011/07/cara-buang-virus-terkini-facebook.html ...

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.