Widgets

Hanya dengan sekeping gambar, perisikan US mampu mengesan di mana lokasinya ...


Sebenarnya artikel ni agak panjang tapi memandangkan ia merupakan sesuatu isu yang penting mengenai keselamatan semua orang,baik aku cuba fahamkan artikel yang aku jumpa ni dan share dengan korang.

Agak kurang hajo apabila US membangunkan sebuah program bernama Finder di mana ia mampu melakukan tugas geolocate (tugas mengesan kedudukan sesuatu maklumat yang dihantar dan diterjemahkan dalam bentuk koordinat). 

Nak taw mana datang maklumat ni? Tak kira la kamera lama atau baru,dekat sudut belah bawah (tak ingat kiri ke kanan) ada maklumat lengkap tarikh, masa siap dengan saat dan detik dan beberapa nombor (tak sure apa guna nombor ni). Itu untuk versi kamera lama atau baru mesti ada.Tapi dikhabarkan juga melalui artikel ni, semakin banyak kamera baru mampu memberikan metadata yang lengkap. Apa kejadah metadata ni?

Metadata ni termasuk data yang aku sebutkan tadi dan jenis kamera, kedudukan kamera tersebut dan segala maklumat yang mampu kamera tu bagi sewktu gambar tu diambil (rasanya kamera takde GPS, macam mana kamera ni taw kedudukan die ekk?). Metadata ni biasanya disimpan dalam format EXIF (pernah perasan benda ni dalam kamera,lupa belah mana). Bukak link kat atas ni, korang akan jumpa satu link Wikipedia di mana ada maklumat apa jenis maklumat yang akan disimpan dalam file EXIF ni.

Bila gambar ni dihantar ke website Finder tu, maka ia akan cuba mengesan kedudukan yang dapat ditemui dari metadata dan EXIF itu. Ini senang terjadi pada mereka yang menggunakan kamera digital yang versinya baru sedikit. Macam mana dengan kamera lama? Gambar tu still selamat jika ia tidak diupload kan ke mana2 website. Contoh yang diberikan dalam artikel ni ialah, bila gambar itu dimasukkan ke dalam Facebook contohnya, maka akan dikesan sedikit metadatanya berdasarkan data yang ada dalam gambar itu dan dari mana gambar tu diupload.

Oleh kerana Google Image, Google Maps dan Google Earth semakin canggih diupdate setiap hari (ada yang mengatakan semua data dari Google Earth ni datang dari kerjasama dengan syarikat ketenteraan.GPS pun sama kan?), maka gambar orang yang beri taklimat di atas tadi dapat diterjemahkan ke dalam Google Earth kepada ini


Dapatlah diketahui kedudukan orang itu ialah di Afghanistan.


================================================================
doh bereh ar op .. mitok tolong LIKE kat bawoh ni r skali ... 
kalu wase berat, xyoh dakper .. ambe dop pakse ... hehe~
================================================================

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.