Widgets

Teruja menjadi model profesional, 15 gadis dibogelkan dan dirogol oleh jurugambar terlampau !

Panas tajuk entri hari ni ... berasap-asap dah ni baca ...
dunia sekarang ni memang macam-macam la ...
kepada kaum wanita diluar sana yang 
merasakan dirinya cantik dan berpotensi untuk jadi model ...

sila gunakan saluran yang boleh dipercayai untuk menceburinya ...
jangan mudah percaya sangat pada orang yang tidak dikenali di laman sosial tu ..
bukan nak provoke ke hape ke, cume sekadar ingatan je ...
hihihihi ... 
tolong ingatkan rakan2 anda kalau anda sayangkan mereka ...

kalau tidak, macam ni la nasib anda nanti ...
   mau ke terima nasib macam tajuk entri ni ???

  Sesi model serah tubuh [ Harian Metro ]

Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.


================================================================
doh bereh ar op .. mitok tolong LIKE kat bawoh ni r skali ... 
kalu wase berat, xyoh dakper .. ambe dop pakse ... hehe~
================================================================

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.