Widgets

T-Team mungkin dibubar ? Mohd Sharbinee Allawee mungkin akan digugurkan dari Skuad Penyu ?

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyokong penuh tindakan pengendali Terengganu, Peter James Butler yang mungkin akan menggugurkan penjaga gol Skuad Penyu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli daripada beraksi pada perlawanan akan datang, berikutan sikap kurang berdisiplin yang ditunjukkan.

Tegas beliau, Butler mempunyai alasan tertentu untuk berbuat demikian dan sebagai pemain pula, Sharbinee dan kesemua pemain Skuad Peteh seharusnya berdisiplin serta berintegriti tinggi.

Malah, Ahmad memberi amaran, tidak teragak-agak untuk mencari pemain baru yang berdisiplin dan berintegriti untuk membarisi Skuad Penyu pada musim akan datang (sekiranya pemain sedia ada tidak berubah).

“Pertukaran pemain adalah perkara biasa dalam perlawanan. Mesti ada sebab tertentu ketua jurulatih (Butler) berbuat demikian (menggantikan Sharbinee dengan penjaga gol simpanan pada pertengahan babak kedua perlawanan) sebab berlaku perkara sama (terlepas bola) seperti perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 ketika Terengganu menentang Negeri Sembilan.

“Sebab itu saya sokong Butler. Dia (Butler) buat keputusan kita terima. Kalau pemain rasa hebat dan besar kepala kita (Kerajaan Negeri) tidak akan bagi bantuan lagi (kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu),” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Bahagian Kemaman, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Butler yang disiarkan semalam mengenai kemungkinan Sharbinee disingkirkan, susulan persembahan kurang konsisten pada saingan Piala Malaysia ketika melayan kunjungan Kedah pada aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu lalu.

Bahkan, katanya, bagi pemain berintegriti tinggi dan berdisiplin, Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk menaikkan gaji jika diminta kerana ia sebagai tanda penghormatan buat pemain yang bersikap sedemikian.

Mengenai penyingkiran dua lagi pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari, Ahmad menganggap Butler mempunyai sebab tersendiri dan berhak membuat keputusan itu kerana dia merupakan ketua jurulatih Skuad Penyu.

Sementara itu, ditanya berhubung prestasi hambar yang ditunjukkan adik kepada Skuad Penyu T-Team, beliau membayangkan kemungkinan pasukan T-Team akan ‘terkubur’ pada musim depan.

“T-Team 100 peratus bergantung kepada Kerajaan Negeri dan kita melabur banyak untuk T-Team sehingga kini. Kemungkinan sudah tiada lagi T-Team pada tahun depan (jika kekalahan berterusan),” katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta ketua jurulatih T-Team, Yunus Alif melakukan sesuatu dan mengubah corak permainan agar kemenangan dapat diraih pada perlawanan akan datang.

Setelah mengharungi empat perlawanan dalam aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia, T-Team kini hanya berjaya mengumpul satu mata dengan mencatat keputusan seri satu perlawanan dan kalah tiga perlawanan serta menghuni tangga tercorot dalam kumpulan. Sinar Harian

# Apa kata anda ???









Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

adeh, macam mana bola kite nak maju, kalu semua kena bubar... adeh...

Reply

adeh, macam mana bola kite nak maju, kalu semua kena bubar... adeh...

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.