Salam sejahtera.Semoga sihat semuanya kepada semua yang sudi ke laman ini.Kali ini nak cerita pasal taktik TERBARU wanita asing yang ingin mencari teman lelaki di Kuala Lumpur.Bagi kaum lelaki seperti saya,sudah tentu akan CAYAQ dan TERGODA dengan kecantikan wanita wanita asing yang menggiurkan ini.Percayalah....saya baru saja kena.Ok,ok sabaq,saya akan ceritakan dengan detail.Nombor fonnya pun masih saya simpan lagi.Ok,begini ceritanya...
Baru baru ini ketika berteduh dari hujan sebelah petang yang lebat disekitar Jalan Raja Chulan,saya terperasan 2 wanita yang sangat cun,putih dan gebu melintasi dihadapan saya sebanyak dua kali.Sepertibiasa,saya akan gugup,gementar dan malu malu cat apabila berhadapan dengan wanita wanita cantik ni.Apalagi,dua orang pulak tu.Tapi,dah namanya lelaki,sayapun control macho.Caranya,macam buat buat tak nampak sambil menyalakan sebatang rokok.Padahal,dah naik juling dah mata saya curi curi pandang,hehe.Tuhan saja yang tahu dosa mata saya pada petang tu.Setelah 2 wanita itu berlalu dan saya pun agak fras kerana tak dapat dan tak berani tegur,sayapun bersiap sedia mahu meredah hujan saja.
Tiba tiba....coihh, muncul 2 wanita idaman itu disebelah kanan saya macam orang main silap mata.Alangkah terkojoit saya dibuatnya.2 wanita itu terus menegur saya dalam bahasa Inggeris yang sangat lancar namun berbunyi bukan dari Eropah atau Amerika.Dia ingin meminjam hfon saya untuk meng hubungi kawannya seorang lagi yang telah kehilangan 20 minit yang lalu katanya.Sepantas kilat,sayapun menghulurkan hfon saya kepadanya sambil bertanya asalusul mereka.Mereka sebenarnya dari sebuah negara Balkan.Saya tak berani sebutla ya kawan kawan semua.Dalam hati saya,takutla pulak mereka ni akan merembat hfon kesayangan saya yang antik tu.Mestila sayang hfon saya tu sebab siap ada lampu suluh lagi.Hfon kawan kawan ada ke lampu suluh,takda kan?
Alaaa...kalau dia nak rembat pun,mana sempat lari memandangkan kasut bertumit tinggi yang dia pakai tu.Simen yang terkena hujan tu sangatla licin.Kalau dia jatuh,siapa nak angkat,SAYA jugak kan,hahaha.Sambil yang sorang ni mendail,saya bersembang dengan yang sorang lagi.Katanya,mereka berdua pelajar sebuah kolej di KL ni.Tak sampai pun dua minit bertegur sape,yang sorang ni memulangkan kembali hfon kesayangan saya sambil memberitahu,kawan yang dicari tidak menjawab panggilanya.Lantas kedua duanya mengucapkan terima kasih dan terus beredar.Meeeelleeepaaass...tak dapat pun bersalaman kot kot dapat pegang tangan.Takpe lah,dah nasib badan.
Sayapun terus meneruskan urusan saya petang tu daaaaaann....jeng jeng..jeng..Lebih kurang 20 minit selepas tu,hfon antik saya berbunyi dan nombor tertera samasekali tiada dalam rekod memori.Elok nak jawab saja,panggilan tu berhenti.Disebabkan nak sampai ke tempat urusan dengan cepat,saya tidak call kembali nombor tu.Dalam 5 minit kemudian,tut tet....tut..tet..,SMS masuk ke hfon saya.Mesejnya berbunyi seperti ini.`Love,why didnt you answer my call just now.Its me remember,i just borrowed your phone about 30 minutes ago.Can i call you now`.Saya pun termenung sebentar sambil melangkah dengan agak perlahan.Macamana pulak dia dapat nombor hfon saya?? Tak sampai pun 20 saat,saya dah dapat tahu macamana dia dapat nombor fon saya.Dah tentulah dari tuan punya hfon yang dia dail tadi.
Sambil kebinguggan,hfon saya berbunyi lagi.Dengan nada yang serious dia ajak berjumpa di KLCC sekarang juga.Saya beritahu dia yang saya ada urusan sebentar dan mungkin boleh berjumpa sekejap nanti.Saya terus menghubungi seorang rakan berpangkat pakcik agar turut bersama saya tetapi hanya memerhatikan dari jauh dan tidak lupa juga memberitahu lokasi tempat saya bakal berjumpa dengan 2 wanita Balkan itu.
Selesai urusan,saya bergegas ke KLCC.Sengaja saya lambatkan sedikit agar pakcik yang saya hubungi dapat sampai ke KLCC tepat pada waktunya.Memendekkan cerita,madu yang saya sangka manis ruparupanya,masam dan kelat.Katanya dia sanggup berbuat apa saja demi WANG RINGGIT.Kalau nak bela dia secara bulanan dan tinggal bersama saya,RM4 ribu sebulan.Hanya suka suka kira jam,RM500 sejam.Semalaman,RM 1500.Dia agak mendesak disebabkan kesilapan saya memberitahunya yang saya masih bujang.Oh ya,umurnya baru 21 katanya.Saya rasa macam diperangkap dan susah nak lepaskan diri semasa berbual dengannya.Kawan dia yang sorang lagi,hanya berada dimeja tak sampai 5 minit pun dan terus menghilangkan diri.
Pakcik yang sesekali memberi isyarat berada di depan kaunter restoran berpura pura minum sambil membaca suratkhabar.Memandangkan saya sudah terperangkap kerana saya memberitahunya saya bukan lelaki hidung belang,dia meminta duit sebanyak RM 200 dari saya.Dengan tenang saya memberi isyarat kepada pakcik dimana pakcik datang ke meja saya dan terus memberitahu saya yang kita kena cepat,kalau tidak,terlepas kapal terbang.Wanita Balkan itu seolah dalam ketakutan apabila melihat pakcik yang tiba tiba muncul ala bodyguard.
Sayapun berpura pura bangun dengan cepat dan kedengaran wanita itu berkata,`jangan lupa hubungi saya ya`Minuman saya dan 2 wanita itu sudahpun disetelkan oleh pakcik yang bijaksana.Haaa,apa pandangan saudara saudari?
Teringat pulak saya peristiwa saya hampir dipukau pasangan pak Arab di Chow Kit Road tahun lalu.Sekarang ni,bila hfon saya berbunyi dan nombor 2 wanita tu yang timbul,saya taknak jawab,sebab dah 3 kali dia call dan SMS.
Begitulah cerita saya dilaman ini kali ini.Semoga kita semua berhati hati dan peka dengan keadaan sekeliling.NA`UZUBILLAH...