Widgets

Kisah benar admin dan gigitan langsuir - di lanchang temerloh


Seperti biasa admin akan terima log call untuk sesuatu kawasan, petang ni admin ada installation di Bera, Pahang, tepat jam 11pagi admin gerak ke bera, Pahang. Memandangkan admin tinggal di raub, admin jarang

lalu di kawasan lanchang – temerloh – bera. Kerana jalan tidak berapa elok. Seingat admin hanya 2 kali sahaja ikut lanchang ke temerloh. Sampai di bera 1.30 petang. Ehm tempat yang baru di buka, kerana sebelum beroperasi sesuatu bangunan, admin orang pertama kena ada di sana. Untuk installation router network. 

Setibanya di sana pakcik tu hanya bagi kunci dan dia mengatakan selepas siap call pakcik,ehmm. Kerana dia ada tugas lain di tempat lama. Agak menyeramkan kerana tiada seorang pun yang ada disitu kecuali admin.admin perlu selesai segera kerana risau balik keadaan gelap dengan bangunan yang baru dan tiada penghuni. Dengan bangunan yang agak besar..setelah selesai tepat jam 6.30 petang, admin pun bergegas pulang. Setiba di temerloh jam 7.30 petang admin singgah solat di masjid temerloh.

Hari semakin lewat malam perut pun semakin lapar, bergegas hendak pulang. mungkin hari dah semakin malam admin membuat keputusan untuk balik ke raub melalui highway temerloh – bentong – raub. selepas ambil tiket di plaza toll temerloh admin terhidu sesuatu yang sangat wangi, admin cuba tutup tingkap kereta man tahu mungkin akan hilang tapi wangian sangat kuat hingga sampai ke otak, untuk menyedapkan hati admin mungkin ini wangian bunga di waktu malam. Ada sesetengah bunga mengeluarkan wangian di waktu malam. 


Admin teruskan perjalanan dalam 1 kilometer akan tiba di exit lancahang, tiba2 hati admin berbelah bagi samaada terus mengikut perjalanan ke exit bentong atau exit lanchang. Sehingga admin hampir langgar border exit lanchang. Jantung berdegup kencang apabila memasuki exit lanchang. Ada sesuatu suara yang menyuruh admin ikut lanchang untuk tiba ke raub. Jantung semakin dup dap selepas membuat pembayaran di plaza tol lanchang. Dengan jam tepat pukul 8.45 malam hujan turun renyai2. Dalam hati admin mengatakan waktu awal lagi baru pukul 9.malam..takde hal punye.

Admin rasa hairan kenapa tiada satu pengguna jalan raya di lanchang. Pelikk..hujan masih renyai2 lagi ni. Takkan dah tido kot Penduduk kawasan bukit damar ni. Perjalanan yang agak kelam kerana tiada lampu jalan, kiri kanan pokok2 hutan Bermainla benda2 menyeramkan di kepala admin, ahh.. persetankan semua itu.. Tiba2 sampai di suatu kawasan gelap kereta admin jadi berat, takkan kot. Admin tengok gear, ishh gear di tangan kiri. Gear 3 ni takkan berat kot. Admin tukar gear 2 kereta semakin berat. Macam nak pecah gear box. Admin buat macam biasa, hendak call ayah tapi line takdo pulok. 

Admin tengok cermin pandang belakang ehh macam ada seseorang duduk di kerusi belakang sebelah kanan admin, siapa pulok ni, mengucap panjang….dengan rambut mengurai hanya memandang ke bawah. Admin cuba buka lampu di dalam kereta tu hilang, tutup lampu benda tu ada balik, admin tolak cermin pandang belakang keatas keran takut nak pandang.. admin buka cd ayat2 al-quran, ayat2 ruqayah yang ayah admin berikan. 

Kerana dia tahu anaknya selalu outstation..hampeh rosak pulok cdnya, mungkin terdedah matahari panas kot. Admin pasang cd kumpulan wings, admin putarkan lagu sejati. Admin hairan sejak bila ada suara perempuan bernyanyi bersama awie. Admin ulangkan sekali lagi, memang sah suara perempuan bernyanyi bersama awie. Astaghfirullahaladzim..



Memang sah aku dah kene. Mengikut pengalaman admin yang selalu outstation benda setan ni selalu kacau admin hanya main kat luar je. Contoh macam bayi merangkak di maran, perut terburai di karak (sama macam cerita KRU Karak tu), lembaga hitam di karak.(admin hampir kemalangan). 

Tiba2 admin terasa sakit di bahagian leher. Aduss bisa rasanya, penat agaknya..admin pandang ke depan dan cermin sisi masih tiada kereta, tiba ada satu kereta iswara ikut belakang admin dengan main2 lampu tinggi. Apa agaknya iswara ni nak..admin betulkan balik cermin pandang belakang dan tengok tiada lagi benda rambut mengurai tu. Tapi yang menghairankan kenapa kereta iswara tu masih main lampu tinggi dengan admin. Pelikkk…admin rasa macam langsuir tu berada di atas bumbung kereta ni..biar jela..admin teruskan perjalanan.. setibanya di rumah raub. Admin kelam kabut masuk ke rumah, admin mandi, solat makan dan tidur. 

Tido dengan lena tiada mimpi apa, ehm mungkin penat kot. Besok pagi admin bangun leher rasa panas, kenapa panas ni. Admin lihat di cermin astaghfirullahaladzim ada tiga kesan gigitan gigi di leher admin. Berbentuk gigi, setiap satu gigi berbentuk segitiga.


Admin call ayah admin dia mengatakan bentuk gigi itu macam mana. Admin terangkan kepada ayah..ayah mengatakan memang sah langsuir..tapi jangan risau kerana dia kacau sesiapa sahaja yang lalu di kawasan itu. Ayah admin mengajar cara merasa gigitan langsuir di leher. Dengan mengucap selawat NABI sambil rasa dengan jari. Ada sesuatu benda tajam di leher admin. Ayah mengatakan mungkin gigi langsuir (macam kelakar) admin ambil kapas putih dan keluarkan gigi tersebut dan bakar.



Petang tu admin pulang ke K.L perlu jumpa ayah untuk perubatan lebih lanjut. Setibanya di depan rumah (magrib), bulu roma berlakang tengkuk admin meremang, ahh persetankan semua tu, dah sampai rumah ayah pun. Malam tu admin kena kacau lagi masa nak tido. Ada sesuatu yang geletekkan jari kaki admin.

Ayah pun mengatakan ada kesan kertas terbakar di depan rumah admin tapi yang peliknya diatas tikar. Tetapi tikar tiada kesan terbakar, 2 kali benda ni berlaku,

p/s: kepada sesiapa yang ada pengalaman seram di sekitar pahang sila berkongsi dengan admin

sumber : Hantu Lanchang

ada banyak pengalaman admin berkaitan mahkluk halus ni, maklumla kerja selalu outstation






Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.