BUAT ini salah, buat itu pun salah. Tetapi kalau tidak dibuat, sibuk ditanya pula mengapa. Boleh dikatakan apa saja yang dilakukan tidak kena. Ada saja yang silap mungkin kerana tidak mengikut kehendak atau tahap jangkaan si isteri.
Akibatnya, mulalah kedengaran leteran si isteri sepanjang hari. Malah kadang-kadang, omelannya itu tidak hanya ditujukan kepada suami, anak-anak turut terkena tempias. Maklumlah, apabila diri sudah marah semua benda tidak elok pada pandangan mata.
Contohnya, suami membantu isteri melipat baju tetapi sebab gaya lipatan tidak serupa, si isteri mula berleter. Kemudian, si suami disuruh ke pasar membeli ikan siakap tetapi dibawa pulang ikan gelama. Apa lagi, mulalah si isteri melenting.
Seharian suami terpaksa menahan telinga mendengar bebelan. Mungkin disebabkan hal ini juga, ia salah satu faktor ramai suami di negara ini yang lebih gemar melepak di kedai mamak bersama rakan daripada meluangkan masa bersama isteri di rumah.
Seharian suami terpaksa menahan telinga mendengar bebelan. Mungkin disebabkan hal ini juga, ia salah satu faktor ramai suami di negara ini yang lebih gemar melepak di kedai mamak bersama rakan daripada meluangkan masa bersama isteri di rumah.
Tapi peliknya, masa bercinta dulu tidak pula begini. Mengapa lepas berkahwin sikap suka marah dan membebel pasangan mula terserlah?
Jawapan orang tua, dulu sewaktu bercinta tidak tinggal sebumbung tetapi kini, apabila sudah hidup bersama, pandai-pandailah menyesuaikan diri.
Kajian yang dikendalikan di London merekodkan, secara purata, seorang isteri menghabiskan masa hampir enam hari dalam tempoh setahun semata-mata untuk berleter kepada suami mengenai pelbagai perkara terutama berkaitan urusan rumah tangga.
Kajian membabitkan kira-kira 3,000 responden itu merumuskan golongan isteri menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun berleter kepada suami mengenai rutin rumah tangga, tabiat minum serta kesihatan mereka.
Ini bersamaan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun.
Adakah memang sudah semula jadi wanita suka membebel atau berleter pelbagai perkara? Apakah mereka tidak takut perangai sebegitu hanya akan membuatkan rumah tangga hilang seri selain membuatkan hubungan suami isteri dingin?
Ramai yang menyatakan tujuan utama wanita terutama isteri berleter adalah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini?
Kebanyakan lelaki pula mengatakan memang sifat semula jadi mereka tidak suka diingatkan berulang kali terutama apabila dipesan isteri. Atas sebab itu mereka juga tidak suka mendengar leteran yang panjang hingga menimbulkan perasaan rimas.
Justeru, penting bagi wanita terutama isteri memahami masa yang sesuai untuk menegur atau memberi pandangan kepada pasangan jika tidak mahu mereka angkat kaki meninggalkan rumah.
Penting juga mempelajari bentuk komunikasi sesama mereka. Ini kerana hubungan komunikasi itulah resipi kejayaan dalam mengeratkan hubungan suami isteri.
Isteri boleh menegur suami asalkan kena pada tempat dan masanya kerana pasangan anda itu punya ego sendiri. Jangan fikirkan diri sendiri saja dan bersikap bertimbang rasa.
Sebagai ketua keluarga pula, suami wajar memberi nasihat kepada isteri tetapi biarlah secara rasional dan tidak mengguris hati isteri tercinta.
Selain itu, suami disarankan merenung sebab isteri membebel. Ada antara mereka sengaja bertindak begitu kerana mahukan perhatian atau bosan dengan sikap suami yang tidak sensitif serta romantik.
Sebahagiannya menjadikan leteran sebagai alat melepaskan tekanan kerana sibuk dengan pelbagai urusan rumah dan pejabat.
Berikut antara tip elak leteran isteri:
Berikut antara tip elak leteran isteri:
Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. Senyum semula. Menerusi senyuman ia boleh mencairkan hati pasangan. Anda juga boleh cuba bergurau senda seperti sewaktu di awal percintaan dulu agar mood isteri kembali baik.