Widgets

Adam Adli didakwa esok | Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan | Bekas Pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) |


Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, esok pada jam 9 pagi.


Naib Presiden PKR, N Surendran yang bertindak sebagai peguam kepada Adam Adli untuk perbicaraan kes ini mengesahkan kepada Sinar harian Online, sebentar tadi.

"Ya, esok dia akan didakwa," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan , Adam Adli yang juga bekas pelajar Universiti Perguruan Idris Shah (UPSI) telah ditahan di Bangsar pada 18 Mei lalu, kira-kira pukul 3.15 petang kerana disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan.

Beliau kemudiannya turut direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan berakhir pada esok.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi terhadap gambar yang disebarkan melalui media-media sosial tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus membuat sebarang spekulasi ke atas rakaman gambar tersebut kerana ianya boleh menimbulkan kemudaratan kepada kestabilan negara," katanya.

WAHAI ANAK-ANAK YANG DISAYANGI IBUBAPA MENGHANTAR KAMU BELAJAR UNTUK MENCARI ILMU DI DADA UNTUK HARI ESOK.INGATLAH JASA IBU DAN AYAH JANGAN TERPENGARUH HASUTAN IBLIS DAN SYAITAN UNTUK KEPENTINGAN ORANG POLITIK.


SEKIRANYA KAMU DIBUANG DARI PUSAT PENGAJIAN DAN TIADA ILMU AKHIRNYA KAMU YANG RUGI MEREKA LEPAS TANGAN.INI HANYA KEPENTINGAN MEREKA YANG HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN PADA ORANG MUDA.

KASIHINILAH IBUBAPA YANG MELAHIRKAN KAMU .KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA KASIH ORANG POLITIK MENGHANTAR KITA KE NERAKA KERANA MEYAKITI HATI KELUARGA KITA.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.