Widgets

Ciri –Ciri Pembelajaran Konstruktivisme | RBT 3119 | Atan long |

Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya ( Driver, Asoko, Leach, Mortimer & Scoot, 1994 ). Menurut mereka lagi, makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.




Justeru itu, bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari ( Bodner, 1986 dalam Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Berikut adalah beberapa ciri-ciri pembelajaran yang terdapat dalam satu modul yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ). Diantaranya : 

Ciri Pertama 

Guru menggalakan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon pelajar mereka. 

Ciri Kedua 

Guru perlu menggalakan pelajar supaya berdialog dengan sesama mereka mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam pendekatan konstruktivisme, penglibatan pelajar adalah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari. 

Ciri Ketiga 

Guru dan pelajar perlu menganggap proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran. Ciri ini bermaksud dalam pendekatan konstruktivisme, proses pengajaran dan pembelajaran itu senndiri amat penting kepada pelajar kerana pada waktu inilah pelajar akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis. 

Ciri Keempat 

Pendekatan konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif (kumpulan). 
Jika diperhatikan ciri-ciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak mempunyai perbezaan ketara. Mnurut Noor Shah Saad ( 2002 ),dalam pembelajaran secara koperatif, pelajar akan bekejsama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. 

Ciri Kelima 

Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha pelajar mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh pelajar tidak menepati kehendak mereka. Ini akan membuatkan pelajar merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari. 

Ciri Keenam 

Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan pelajar mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud. 

Ciri Ketujuh 

Guru boleh menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen. Menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. 

Ciri Kelapan 

Guru perlu mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Ciri ini adalah penting bagi seorang guru supaya mereka tahu setakat mana kebolehan pelajar mereka mentaksir sesuatu masalah berkaitan topik yang diajar. Maklumat ini penting untuk guru kerana menurut Poh Swee Hiang ( 1997 ), konstruktivisme amat menegaskan kepentingan membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. 

Ciri Kesembilan 

Guru perlu mengambl kira kepercayaandan sikap yang dibawa oleh pelajar. Atan long ( 1980 ) dalam Nor Kamilah Khalil ( 2005 ) berpendapat pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan keran guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum. 

Manakala dalam satu modul lagi yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2001 ) menyenaraikan 12 ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar, fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran, guru bertindak fasilitator, menyokong pembelajaran koperatif atau pembelajaran berkumpulan, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar, memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar dan menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.