Widgets

Team ACONO Juara Futsal Tertutup IPGKTAA 2013 Anjuran JPP 2013/2014


Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga team ACONO menjadi Juara pada petang tadi.


Sungguh tidak disangka sangka, setelah mencipta kejutan melangkah masuk ke peringkat separuh akhir, team ACONO sekali lagi mengegarkan arena futsal di padang petang tadi dengan melangkah ke peringkat akhir dan seterusnya menjadi JUARA !!!

Perlawanan akhir tadi kelihatan begitu sengit dek kerana masing masing ingin menjaringankan gol terlebih dahulu. Serangan demi serangan diaturkan oleh kedua dua pasukan yang bertanding. Namun, pasukan ACONO berjaya membolosi benteng pertahanan pasukan SIBLING FC yang dikawal rapi oleh Hafiz Zamani Misbah. Hasil sepakan percuma yang dihadiahkan oleh pengadil kepada team ACONO. Peluang ini diterjemaahkan dengan jaringan yang begitu bermakna buat team ACONO oleh AIMAN ZULKIFLI. Kedudukan jaringan memihak kepada ACONO dengan 1 gol berbalas 0.

Bermacam jenis serangan cuba ditonjolkan oleh penyerang profilik ACONO iaitu adam amirul dengan gaya bicycle kick dan larian tanpa makna ke arah pihak lawan. Keadaan agam begitu kucar kacir dihadapan gawang pihak lawan setelah penyerang profilik berbisa adam amirul dimasukkan. Segala benteng pertahanan berjaya diruntuhkan oleh penyerang ini. Namun, ketangkasan dan kepekaan penjaga gol mereka mampu menangkis segala serangan padu yang diledakkan. Ha ha ha

Jaringan tunggal Aiman Zulkifli kekal sehingga ke tamat permainan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukan amat membantu dalam mengecapi erti KEJUARAAN pada hari ini.

Sekian, terima kasih. Ampun maaf dari pihak team ACONO sekiranya terdapat kekasaran sepanjang permainan berlangsung.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.