Widgets

Team Futsal Acono Mencipta Sejarah | Mara Ke Peringkat Akhir Liga Futsal JPP

Ohsemmm ... sungguh tak sangka ... pasukan Acono mampu melangkah ke peringkat akhir pada petang ini dengan menewaskan wakil pismp math sem 5 dengan menggunakan nama team 'bodo bodo sajew'... sekejap lagi akan berlangsungnya perlawanan akhir antara Acono menentang wakil daripada PISMP SEm 3 ....


Team kami tak meletakkan harapan yang begitu tinggi pada perlawanan akhir nanti kerana target utama telah dicapai. Tahniah buat ahli pasukan yang telah bermain bersungguh sungguh sebentar tadi..


Sebelum tamat masa pertama, penjaga gol pasukan lawan mengalami kecederaan ankle. Penjaga gol gantian iaitu izaan abu hassan masuk mengalas tugas utama.

Gol pertama team Acono dihasilkan melalui sepakan penalti akibat bola terkena tangan. Aiman menggunakan peluang yang terhidang dengan sebaik mungkin dan meletakkab team Acono mendahului dengan 1 gol.

Gol kedua dicetak oleh fauzan izzat, hasil clearence yang begitu cemerlang menerjah ke gawang pasukan lawan. Gol seterusnya adalah hasil jaringan sendiri pemain lawan iaitu nasrun safwan yang menanduk bola ke gawang sendiri. Gol akhir dicetak oleh wan hairie yang meledakkan gawang lawan. Kedudukan jaringan menjadi 4 gol berbalas 0.


Apa apa pun, selamat berjuang team acono di peringkat akhir sekejap lagi. Hahahaha

ledakkan supernova by hairie jasuli !!!

serangan bertubi - tubi daripada team ACONO ...

kecederaan ankle yang dialami oleh goalkeeper, soleh raub ...

ACONO vs Bodo Bodo Saje


tahniah weh belake ! acu komen sikit gok ....
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.