Widgets

Ciri - Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera.
Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.