Widgets

Jelaskan penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang-orang Melayu tersebut dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Abdullah bin Abdul Kadir atau Munsyi Abdullah adalah salah seorang pengkritik masyarakat Melayu pada abad ke-19. Melalui catatannya di dalam karya Hikayat Pelayaran Abdullah telah memberi pandangan terhadap adat, kepercayaan dan pemikiran orang-orang Melayu yang difikirkan kolot sebagai penyebab kepada kemunduran bangsa Melayu. 

Penggunaan bahasa2 yang dianggap kesat dan kasar @ biadap dan sesuai serta melanggar kesantunan budaya masayarakat Melayu . Ini telah menimbulkan rasa kurang disenang oleh orang-orang Melayu sehinggakan yang marah kerana kelancangannya. 

Antara penggunaan bahasa Melayu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang-orang Melayu ialah:

1. Mengkritik golongan bangsawan atau raja

Abdullah telah mengkritik golongan bangsawan atau raja di dalam karyanya kerana beliau menyifatkan sistem kerajaan yang diamalkan akan memudaratkan masyarakat Melayu. Ini menjadi halangan kepada peningkatan gejala sosial orang Melayu. Sultan Melayu dianggap sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan seorang yang zalim kerana kehendak mereka tidak boleh dilarang jika tidak buruk padahnya. Ketidakadilan raja-raja Melayu pada ketika itu telah menyekat perkembangan minda dan pembelajaran orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu bukan sahaja tidak dijaga sebagai rakyat malah diperlakukan seperti haiwan. Orang-orang Melayu sentiasa berada di dalam ketakutan dan teraniaya dengan tamak haloba raja-raja. Beliau juga menyifatkan betapa hodoh dan bodohnya raja-raja Melayu pada ketika itu seperti gambaran tentang Sultan Hussin yang dikatakan seorang yang gemuk dan kuat makan.

2. Kekesalan terhadap sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.

Pandangan Abdullah Munsyi adalah hasil pergaulannya beliau dengan orang-orang Inggeris di negeri-negeri selat. Abdullah dapat melihat perbezaan sikap orang Inggeris dan juga orang Melayu. Menurut pandangan beliau, orang-orang Melayu harus mempelajari bahasanya sendiri untuk memperoleh kepandaian agar setaraf dengan bangsa lain yang mempelajari bahasa masing-masing. Ini sebagai kesedaran kepada bangsa Melayu terhadap peri pentingnya mempelajari bahasa sendiri sebagai lambang bmaruah dan tamadun bangsa. Di dalam karyanya ada menyatakan beliau merasa hairan dengan sikap orang Melayu yang tidak sedar akan diri mereka. Mereka masih tinggal dalam kebodohan mereka kerana tidak mempunyai tempat untuk belajar bahasanya. Mustahil pada akal, adakah orang yang tidak belajar akan pandai dengan sendirinya? Semua bangsa dalam dunia ini belajar bahasa masing-masing melainkan orang Melayu.

3. Sikap dan pemikiran terhadap cara hidup orang Melayu

Di dalam karya pelayaran juga turut mencetuskan pandangan terhadap cara hidup orang Melayu. beliau beranggapan bahawa orang Melayu bermalas-malasan, pengotor dan lalai. Menurutnya rumah-rumah orang Melayu berselerak, dipenuhi sampah dan kotor malah berbau busuk. Sehingga beliau menyatakan harimau juga boleh tinggal bersama orang Melayu. Ini menggambarkan suasana rumah orang melayu pada ketika itu. Beliau juga mendedahkan kemiskinan orang Melayu. Selain itu juga sikap orang Melayu kelantan ketika pelayarannya menyatakan mereka ini tidak mementingkan kebersihan, suka berjudi, tidak berilmu pengetahuan. Beliau turut memuji golongan perempuan kalantan yang rajin bekerja dan mengkritik golongan lelaki yang hanya goyang kaki melepak di kedai kopi. Sikap malas orang Melayu juga menyebabkan banyak tanah-tanah milik orang Melayu terbiar dan musnah.

4. Mengkritik jenis makanan orang Melayu.

Dalam aspek pemakanan orang Melayu beliau begitu sinis dengan mengatakan perbezaan jenis makanan yang disukai oleh orang Melayu dan orang Inggeris. Orang Inggeris lebih gemar makan daging dan minyak sapi manakala orang Melayu suka makanan yang busuk seperti tempoyak, petai dan jering. Beliau beranggapan bahawa makanan orang Melayu ini kotor dan berbau.



5. Mengkrtik terhadap kepercayaan orang Melayu

Abdullah Munsyi tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu percaya kepada perkara-perkara yang tahyul. Beliau beranggapan perkara itu karut dan kolot. Ia tidak sewajarnya diikuti kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan untuk kemajuan bangsa Melayu. Orang Melayu juga turut terikat dengan perkara-perkara tahyul dan tidak dapat bergerak dengan bebas. Ini dapat dilihat melalui penentangannya terhadap adat menjual anak yang diamalkan oleh orang Melayu pada ketika itu.

6. Pemikirannya terhadap orang-orang Inggeris/ barat.

Abdullah Munsyi amat mengagumi orang-orang Inggeris yang dikatakan membawa pengetahuan dan kemajuan. Sikap rajin dan keilmuan orang Inggeris menjadi perhatian beliau. Beliau turut memuji Sir Stamford Raffles yang dikatakan mempunyai keperibadian mulia yang tidak ada pada pembesar Melayu. Malah beliau turut menggambarkan raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering berebut kuasa. Ini sangat menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu pada ketika itu. Sindiran yang sangat pedas terhadap orang-orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu. Jika difikirkan beliau telah memberi sindiran yang bernas kerana akibat kebodohan serta perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah memudaratkan rakyat. Jadi akibat daripada peperangan dan gila kuasa itu telah menjadikan Tanah Melayu dengan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.

Kesimpulannya, Munsyi Abdullah membuat kritikan pedas kerana mahu menegur kelemahan orang Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka dan cara hidup orang Melayu. Melalui kritikan beliau dapat memberi kesedaran kepada orang Melayu yang masih lena dibuai mimpi dan merasakan sudah memadai apa yang mereka ada. Abdullah cuba menerapkan perubahan dalam masyarakat Melayu dengan cara yang kasar malah beliau dianggap sebagai melakukan kesalahan besar. Beliau mengharapkan perubahan dalam kehidupan orang-orang Melayu. Beliau pernah berkata

“Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermatnya bahasa Melayu, disamping menerima serta menambah pengetahuan baharu”.

Tegasnya, pemikiran Abdullah ini boleh menjadi iktibar untuk orang-orang Melayu membuka minda dan cara pemikiran mereka.







Disediakan oleh:

NORATIKAH BINTI ABIDIN

BAHASA MELAYU SEM 6
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.