1. 1 Rumah, 1 Anak
Salah satu punca kenapa ramai yang membuat "personal loan" adalah untuk perbelanjaan barang keperluan anak-anak seperti
susu, lampin dan lain-lain. Kuasa beli anak-anak lebih tinggi dari orang dewasa. Oleh itu, dengan menjadikan rumah sebagai aset untuk anak, lebihan tunai dari sewa boleh dijadikan duit perbelanjaan bulanan mereka.
2. Yuran pembelajaran
Melalui pemilikan hartanah, teknik "refinancing" atau "topup loan" mampu memberi tunai kepada pemilik rumah. Tunai tersebut boleh dijadikan sebagai yuran pembelajaran di sekolah atau di universiti. Dan lebih baik lagi, kita mampu untuk menghantar anak ke universiti yang lebih baik lagi.
3. Harga kekal naik.
Fakta dan data menunjukkan harga rumah tetap naik setiap tahun. Jika kita tidak beli hari ini, semakin susah anak-anak kita nanti untuk beli rumah kerana harga semakin mahal. Kitaran "menyalahakan" orang terdahulu sudah lama berlaku dan kesannya adalah seperti hari ini di mana ada yang tidak mampu beli rumah dan menyalahkan orang terdahulu kerana dulu harga lebih murah.
4.Pemilikan aset di Tanah Air sendiri
Mungkin jika anda seorang "foreigner", tidak menjadi satu isu jika anda tidak mahu memiliki hartanah di Malaysia. Tetapi, jika anda seorang rakyat Malaysia dan anda tidak mempunyai rumah sendiri, ia adalah satu masalah besar.
5. Bijak kewangan
Untuk melabur dalam hartanah, anda perlu menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan anda. Data juga menunjukkan ramai yang muflis kerana masalah hutang dan gagal mengurus kewangan dengan baik. Seorang yang bijak kewangan biasanya akan menjaga setiap perbelanjaan dan mempunyai simpanan yang baik. Maka, tiadalah perbelanjaan yang tidak penting seperti kereta yang mahal, smartphone yang mahal dan juga pakaian yang mahal.
6. Tiada RIBA
Mungkin ini adalah isu yang ramai masih keliru dengan beranggapan beli rumah melalui pihak bank terlibat dengan riba. Untuk pengetahuan, pembiayaan rumah di bank juga terdapat pembiayaan Islamik dan tiada riba yang terlibat kerana transaksi adalah berdasarkan model jual beli yang dibenarkan dalam Islam.
7. Kebebasan kewangan.
Selain perniagaan yang hebat, salah satu cara untuk mencapai kebebasan kewangan di awal usia adalah melalui pelaburan hartanah. Pencen awal dengan pendapatan pasif melalui "cashflow" sewa rumah, capital gain melalui penjualan hartanah dan juga refinancing mampu menampung perbelanjaan kita.
8. Kompetetif dan berdaya saing
Sebagai seorang yang makan gaji sahaja, anda mungkin agak susah untuk berniaga kerana kekurangan masa, tiada minat dan tiada darah niaga dalam diri. Tapi, itu bukan alasan untuk kita tidak boleh tambah pendapatan kita. Dan melalui pelaburan hartanah, ia adalah cara terbaik kerana pengurusannya yang lebih mudah.
9 Tingkat taraf hidup
Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang, anak muda perlu mencari satu sumber pendapatan yang lain untuk mengawal kenaikan harga barang. Selain itu, ini adalah cara terbaik untuk kita "upgrade" cara hidup kita dengan memiliki kereta yang berkualiti, rumah yang cantik dan perbelanjaa yang lebih berkualiti.
10. Ilmu
Paling penting, melalui pelaburan hartanah kita mampu menjadikan diri kita seorang yang lebih berilmu dan boleh memberi manfaat kepada orang lain. Pengurusan kewangan yang baik akan menggalakkan satu "environment" yang sihat. Juga, kita mampu mendidik keluarga kita sendiri yang masih lagi tidak tahu akan pengurusan kewangan yang baik.
Semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan rakan-rakan.
#pengurusankewangan
#pelaburanhartanah
#anakmudaberilmu