Widgets

Kenapa perlu beli Rumah waktu muda


=============================

Saya beli Rumah ni waktu umur Saya 24 tahun. Monthly installment Rumah ni RM1419 sebulan. Kalau baru hari ini Saya beli rumah ni komitmen bulanan Rumah ni Lebih kurang RM3000, baru 6 tahun saya anjakkan. Alhamdulillah Saya beli rumah ini waktu saya muda,(sekarang pon masih muda remaja lagi, rambut pon still baby) .Anda faham sekarang kenapa perlu beli rumah seawal mungkin. Bagi yang belum mampu beli, kuatkan simpanan dulu. Letakkan matlamat untuk beli seawal mungkin. Nak kumpul cash baru nak beli? Realitinya hari ini berjuta orang tidak akan mampu. Orang yang business maju mungkin la boleh kot.

Contoh nak beli Rumah low cost RM120K . Kumpullah cash RM1000 sebulan, selepas 10 tahun cukup RM120K. Dah cukup nak pergi bayar rumah tu, tuan Rumah nak RM240K pulak masa tu.tambah lagi 10 tahun simpan, Dah cukup cash RM240K, jumpa lagi owner nak bayar, owner cakap nak RM360K pulak, tambahlah menyimpan lagi 10 tahun , cukup cash RM360K pergi jumpa lagi sekali owner nak beli rumah tu, sedihnya owner masa tu dah meninggal dunia sakit tua.

-KEY-
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.