Widgets

NASIHAT - JANGAN BELI RUMAH WAKTU MUDA.


.
Salam semua. Ramai yang tanya pendapat saya mengenai saranan yang menyuruh orang muda supaya jangan membeli rumah sewaktu muda. Saya sebenarnya malas nak komen banyak sebab pada saya itu cuma post kontroversi oleh usahawan yang mahu memperomosikan seminar mereka. Bagi saya nak buat promosi itu tak salah, tapi apa yang saya tgk tak betul adalah :
.
1. Bila mereka menggunakan teknik menakutkan orang melayu dan islam dgn istilah backdoor riba dan seolah-olah orang yang membeli hartanah menggunakan pinjaman melanggar hukum islam kerana menyumbang kepada riba. Kesannya, orang melayu dan orang islam jadi takut nak beli hartanah.
.
2. Berbicara seolah-olah semua cendikiawan dan ahli panel syariah dalam bank berunsur islamic dan bank negara di Malaysia ni cuba menyesatkan umat islam dengan memberikan pinjaman hartanah yang mengunakan nama islam tapi kononnya berunsurkan riba. Saya tak tahu kenapa mereka mempersoalkan dan menuduh sedemikian tapi pendapat saya kalau kita bukan pakar dalam sesuatu bidang atau sudah habis belajar dalam sesuatu bidang, tak elok kalau kita menuduh orang lain salah walhal ilmu kita dalam bidang tersebut baru sejengkal.
.
Mereka juga menyarankan yang kita, orang melayu islam membeli hartanah cash atau tunai kalau tak mahu terlibat dalam riba. Saya beli rumah pertama umur 24 tahun. Harga rumah saya waktu tu adalah RM140,000, sebuah kondo di Kelana Jaya. Gaji saya waktu tu cuma RM2,500, dan bayaran bulanan kondo saya RM900 sebulan. Kalau anda baca buku saya, anda akan tahu yang saya sewakan rumah saya pada harga RM1200 sebulan. Dapatlah duit kopi RM200 sebulan. Market rate skrg Rm1600 tapi saya suka tenant saya yang skrg tu, so saya sewakan murah murah je. Bila anda jadi landlord, anda boleh buat jariah sedemikian kalau anda mahu. Market value rumah ni sekarang melebihi RM450k, dah naik 200% dalam masa 10 tahun.
.
Kalau saya nak beli rumah cash waktu itu, saya estimate yang yang saya kena menyimpan RM1000 sebulan, dan tunggu 10 tahun baru boleh membeli hartanah yang bernilai RM140,000. Tapi nilai kondo saya tu juga dah naik ke RM450,000 dalam masa 10 tahun. Jadi selepas menyimpan penat-penat selama 10 tahun, masih tak boleh beli hartanah tersebut. Kalau betul tak mahu terlibat dalam riba, kita boleh pilih alternatif perbankan islam yang berdasarkan konsep berikut :
.
- Bay' bi thaman ‘ajil atau BBA
- Musyarakah mutanaqisah
- Murabahah
.
Tapi kalau anda masih berasa was-was, dan rasa yang semua pakar syariah dan islamic finance yang belajar bertahun sebelum mereka layak berbicara mengenai perbankan islam tu semua level gebang je sampai lembu pun boleh terbang. Kalau anda lebih suka percaya apa yang anda baca di FB atau Youtube yang ditulis oleh mereka yang BUKAN PAKAR DALAM BIDANG TERSEBUT, saya malas nak komen apa-apa. Suka hati anda lah sebab itu hak anda. Kumpullah duit perlahan-perlahan sebelum membeli hartanah. Tapi janganlah komplen dan bising bila orang lain beli hartanah, dan hartanah yang patutnya anda miliki dimiliki oleh bangsa lain sebab anda lebih percaya pakar-pakar mee-segera di FB dan Youtube.
.
Dan kalau anda suka konsep percaya buta-buta kepada semua pakar-pakar yang anda jumpa dalam FB, anda boleh :
Bila sakit, tak perlu jumpa doktor. Jumpalah tokey kain.
Bila banyak hutang dan tak tahu nak settlekan hutang, jangan cari saya. Jumpalah tokey kain yang bertauliah.
Kalau nak belajar ilmu beli hartanah, jangan la datang Sarjana Hartanah saya. Boleh jumpa lagi tokey kain.
Jangan percaya bank dan pergilah simpan wang dalam kedai jual jubah premium.
.
p/s : Saya kongsikan gambar yang menunjukkan nilai hartanah dari tahun 2010 hingga 2015. Bila la kita mampu kalau nak beli cash? Dan agak-agak kalau saya beli jubah instead of rumah 5-10 tahun lepas, berapakah nilai jubah itu sekarang ya?

#RaikanPerbezaanMasukAkalKalauBendaYang Betul
#TolongJualSeminarCaraLain
#MajulahJubahUntukNegara
#OrangMudaKalauTakBeliRumahAwalPastiMenyesal
#PerbankanIslamDiMalaysiaAntaraYangTerbaikDiDunia
#BeribuAlasanKenapaTakPatutMelabur
#IslamItuMudahMelayuYangBuatSusah
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.