Widgets

Cara pengiraan dividen dan bonus ASB 2015

Pasti ramai ingin tahu bagaimanakah cara pengiraan dividen dan bonus ASB 2015 kan? Merujuk kepada ASNB Care, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Januari setiap tahun. Berikut adalah cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang betul:




(a)Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 1 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2015:

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2015 hingga Disember 2015 x 7.25%

12 Bulan

BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2015 sehingga Disember, 2015 (12 bulan).
Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
Ÿ Pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 2015 adalah sebanyak 7.25 sen seunit

Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan sebelum atau pada 1 haribulan dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan berikutnya.



asb



(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.

Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2015:

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2006 hingga Disember 2015 X 0.50%

120 Bulan

BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2006 hingga Disember 2015 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.
Ÿ Bonus bagi tahun kewangan berakhir 2015 adalah sebanyak 0.50 sen seunit

Sekiranya anda memerlukan sebarang keterangan mengenai perkhidmatan dan produk ASNB, sila layari www.asnb.com.my atau hubungi talian 03-2057 3000.



Sumber: Email dari ASNB Care
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.