Widgets

Vape Haram Di Terengganu VapeOff

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini.

 
Mufti negeri, Datuk Dr Zulkifly Muda, berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang hampir enam jam semalam, bersetuju sebulat suara penggunaan vape adalah haram pada pandangan Islam berasaskan dalil serta hujah daripada al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, penggunaan vape bukan hanya mendatangkan mudarat kesihatan, malah ia mengundang pembaziran ketika umat Islam perlu mengukuhkan ekonomi di zaman serba mencabar ini.

“Jabatan Mufti negeri sedih dengan perkembangan penggunaan kedua-dua jenis rokok baharu ini apabila ia semakin berluasa sehingga membabitkan bukan setakat orang dewasa, malah remaja, kanak-kanak dan wanita.

“Penggunaan vape juga merendahkan moral dari sudut lahiriah penggunanya,” katanya kepada BH ketika dihubungi, hari ini.

Dr Zulkifly berkata, keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri juga selaras dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, yang sebelum ini memutuskan penggunaan vape adalah haram.BH
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.