Widgets

Kita Rasa VS Orang Rasa oleh Tuan Khairul Ezuwan



1. Kita rasa orang Akan kutuk kita bila kita seorang perempuan yang tiada hiasan Emas di tangan. Yang pakai emas sampai ke lengan kena puji ke? Tiada sapa akan kutuk anda pon sebenarnya kalau takde hiasan emas. Yang selalu kena kutuk yang pakai berlebih-lebihan hingga siap bagitahu nilainya jutaan ringgit.

2. Kita rasa orang kutuk kita bila kita tidak dapat buat majlis perkahwinan yang grand. Orang Ramai lebih kagum dengan orang yang buat majlis perkahwinan kecil-kecilan. Yang buat majlis nikah sahaja pon tiada sapa yang kutuk lagi orang puji ada walaupon dia orang kaya.

3. Kita rasa orang kutuk kita pakai jam murah. Orang ramai tak nak tengok pon jam kita walau harganya RM100K. Jarum jam tu kita jer yang tengok. Takde orang nak belek ambil tahu harganya kecuali kita yang saja tunjuk. Orang lain akan cakap anda membazir jer.

4. Kita rasa orang kagum bila kita tunjukkan kad kredit Titanium , sedangkan orang lain lebih kagum dengan orang yang langsung tidak gunakan kad kredit.

5. Kita rasa Malu nak letak duit hantaran rendah untuk anak perempuan kita, siap ikut rate SPM, Diploma, Degree, Master, PHD. Tapi hakikatnya ramai orang kagum dengan anda yang letakkan hanya Mas kahwin RM500, tanpa ada meletakkan duit hantaran walaupon anak perempuan anda pemegang PHD.

6. Kita rasa orang kutuk kita pakai kereta biasa-biasa. Orang lain tak pernah peduli pon anda pakai kereta apa pon. Awek taknak pandang? Yang kena pandang tu lagi dalam bahaya. Mesti high maintenance.

7. Kita rasa rendah diri bila gaji kecil. Orang lain yang gaji besar pon rasa diorang tak cukup. Lagi mereka jealous kalau anda yang bergaji kecil pon mampu buat simpanan. Hakikatnya, Sebahagian yang bergaji besar ramai terbeban dengan hutang.

8. Kita rasa hebat pakai iPhone 6S, orang lain pelik anda pakai hand phone jer canggih, nak download Apps Telegram pon tak pandai.

9. Kita rasa hebat pakai baju & seluar slim fit ber jaket berjenama. Orang lain tengok pada ilmu anda walaupon hanya berkain pelikat. Pakai smart ilmu zero, tak berguna. Jangan fikir tangan berlumpur dan berminyak tu tidak hebat.

10. Kita rasa rendah diri hanya berpangkat kerani. Tahukah anda bahawa Boss anda akan kelam kabut nak menangis kalau anda tengah bercuti. Boss cuti operasi tetap jalan, kalau kerani cuti rasa lumpuh company. Nampak tak pentingnya anda.

🔘Jangan fikirkan apa yang orang rasa pada diri anda sebab rasa anda tu selalu tidak betul. Teruslah jadi diri sendiri. Ukur kemampuan dan potensi diri sendiri, bukan ukur persepsi orang lain yang kita nilai sendiri.

-KEY-
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.