Widgets

Mufti: Masyarakat perlu akur keputusan HARAM vape



KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menghormati keputusan pengharaman rokok elektronik termasuk vape yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, malam tadi.

Menurutnya, masyarakat perlu sedar, apa sahaja keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa itu adalah untuk kebaikan kepada semua selain mengutamakan agama Islam sebagai tunjang utama.

“Kita kena faham dan hormat keputusan ini. Sama juga seperti kita hormat keputusan pengharaman judi, minum arak dan makan khinzir bagi orang Islam. Saya harap semua pihak menghormatinya dan terbuka dengan keputusan yang telah dibuat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.