Widgets

Panduan Bisnes Online Yang Betul |Tips Mempromosi Iklan

Sekadar Perkongsian



Jika korang buat marketing melalui online, sama ada FB, email, whatsapp atau telegram jangan buat spamming! Guna kaedah yg betul... Hantar kepada yg berminat sahaja dan kemudian follow up. Jangan duk hantar mesej berulang kali pada yg tak minat...

Meh sini abg yg hensem ni nak ajar 3 perkara penting cara-cara jadi peniaga dan pengiklan beretika...

1. Jangan sesekali pun hantar mesej kepada no hp, whatsapp, telegram, fb atau email yg kita kutip 'ditepi jalan'! Kita main kutip je no dari group whatsapp, group fb, email mana-mana kemudian kita hantar iklan kita tanpa persetujuan tuan punya akaun. Ko kata tuan punya akaun tu prospek ko. Ko kena tahu maksud prospek dan mcmna nak dapatkan prospek yg berkualiti. Ko main tembak suka hati kau je ek... Mana blh mcm tu ko langgar peraturan dah tu. Lagi pun klu ko buat mcm tu ko sendiri yg penat...

2. Belajar cara kumpulkan prospek yg berkualiti dengan memilih hanya mereka yg berminat. Paling mudah, dan target market ko adalah B2B (maksudnya business to business bukan body to body ya) cari mereka yg berniaga bidang yg hampir sama dengan apa yg ko jual. Ko jual barang baby, cari la peniaga yg jual barang baby dan dia x ada barang yg ko jual.

Klu target ko B2C (cari sendiri maksud. Takkan itu pun aku nak ajar) ko cari la org yg ada baby. Yg ko pergi cari org yg bujang atau org yg anak dah besar2 buat apa?

Sama juga klu ko jual benda lain. Cari prospek yg berkualiti. Jangan main tembak je iklan secara random. Nanti ko buang masa dan ko penat. Paling x best, org pun meluat kat ko dan block ko. Padan muka!

Mcmana cara nak kumpulkan prospek yg berkualiti?

a. Buat FB page dan buat iklan. Org yg like page ko tu maknanya dia suka la dengan apa yg ko jual.

b. Kumpulkan email atau no hp. Cara nak kumpulkan email guna laman web atau FB ads. Buat pengumuman secara umum dulu. Tawarkan sesuatu mcm ebook percuma ke. Siapa yg nak download blh masukkan email. Nanti ko kumpullah email tu. Atau ko blh juga buat iklan fb dan org yg pm ko atau tinggalkan no whatsapp tu maknanya dia minat la.

c. Buat group fb atau group whatsapp. Pastikan ko bagi keterangan jelas yg ko buat group tu pasal apa. Jangan ko buat group peminat Siti Nurhaliza tapi ko pergi jual barang Amir Raja Lawak. Mmg x kenalah!

Satu lagi aku nak pesan klu group tu bersifat umum mcm alumni ke, atau group Konsortium Melayu Baru ke, terutama group-group FB yg beratus-ratus ko join tu, ko tanya terus secara umum dulu kat group siapa yg minat dengan apa yg ko niagakan. Khususnya MLM. Pastikan ko mesej secara personal hanya org yg berminat dan menyatakan minatnya sahaja. Jangan ko hantar mesej personal ke semua org yg ko tak tahu dia minat ke tak. Cara nak tahu dia minat ke tak, klu ko dah buat pengumuman terbuka, dan dia komen atau contact ko, maknanya dia minat la.

3. Jaga etika berniaga dan beriklan. Jangan ko ingat nak try semua org. Pilih la yg berkualiti sahaja. Jangan buat benda berisiko dan menyusahkan diri sendiri. Paling penting jangan sampai org terganggu dengan iklan ko. Klu ko nak jadi peniaga yg berjaya, peraturan pertama yg ko kena patuh adalah hormat orang lain sebab org tu mungkin akan jadi pelanggan ko klu ko hormat dia. Banyakkan memberi dan tanamkan niat nak berniaga sbb nak membantu menyediakan keperluan org. Klu ko tak tahu pelanggan yg macam mana yg ko nak bantu, peniaga jenis apa ko ni? Peniaga yg berniaga hari ni, buat kerja sia-sia dan kemudian ko penat dan putus asa?

Semoga bermanfaat dan sila kongsi dengan yg lain ye...
Kredit ...
Zaini Kosnin
Founder
Zaini Kosnin Group of Companies nuffnang >


nuffnang>
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.