Rahsia Bahagian Kiri Wanita | Petua Meningkatkan Ghairah Isteri

Kejadian alam ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan, maka lelaki adalah yang kanan. Menurut agama Islam, Kristian dan Yahudi. Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam (floating rib) yang bengkok. 


 Kejadian bahagian kiri dan kanan adalah fenomena alam, dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan dengan kekuatan, sedangkan nafas kiri dengan kelemahan. Menurut pengetahuan bangsa Cina, lelaki itu Yang, perempuan Yin. Kanan dikaitkan dengan kekuatan dan kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri nafsu. 

Seorang wanita adalah kejadian yang kiri. Bahagian kanan dikaitkan dengan kekuatannya dan kiri adalah kelemahannya. Bila merujuk dari segi kebiasaan pekeerjaan, sentuhan, rasaan serta pengalaman, bahagian kanan telah masak manakala bahagian kiri masih muda. Kanan adalah bahagian yang berjaga sementara kiri tidur. Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang. 

Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk mematahkan wanita, yang bisa menerbitkan rasa resah gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh kejadian yang kanan, iaitu lelaki. Undang-undang berpasangan bagi alam mempunyai ketentuan umum, sebagaimana besi berani (magnet), kutub yang berlawanan akan menghampiri sedangkan yang sama akan menjauhi. 

Rangsangan ke bahagian kiri isteri adalah mudah kerana suami biasanya mendatangi dari bahagian yang hadapan dan tangan kanan suami paling mudah merangsang bahagian tubuh isteri sebelah kiri. 

Islam menyarankan agar memulai dengan bahagian yang kanan. Ini tidak bercanggah dengan rahsia bahagian kiri kerana dalam Istimta' cara Islam, akan disusuli pula ke bahagian yang kiri sebagai puncak rangsangan dan lubuk kelemahan. 

Nafsu isteri itu beredar mengikut waktu. Sukar untuk dipastikan di mana kelemahan berada pada suatu masa. Antara kaedah yang baik ialah menyasarkan rangsangan ke bahagian yang kiri. Cari bahagian mana pada tubuh yang paling lemah dan terasa geli dan rangsangi tempat itu sebelun jima'. 

 Tempat yang mungkin tersembunyi nafsu ghairah ialah samada: 

1. Tepi leher sebelah kiri dan kawasan bawah telinga. 

2. Kawasan cuping telinga kiri dan seluruh telinga kiri. 

3. Tengkuk iaitu iaitu sebelah kiri di bawah rambut. 

4. Peha iaitu sebelah dalam peha yang kiri. 

5. Buah dada serta putingnya yang sebelah kiri. 

6. Rusuk serta bawah rusuk yang kiri. 

7. Pinggul sebelah kiri, terutamanya kawasan tulang pinggul. 

8. Lubang telinga sebelah kiri, tiup dengan perlahan. 

Jika dilakukan dengan lemah lembut dan berhati-hati, 
maka akan mudahlah meningkatnya ghairah isteri.

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

Artikel ini hanya sesuai dibaca untuk mereka yang sudah berumahtangga sahaja 

PETUA MENAWAN HATI SUAMI



1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. 
( pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dsb )
Adam: Banyak sang suami yang tidak suka ditegur, pantang ia kena tegur. Kalau nak pakai jubah hijau dan seluar jerut putih dah tak boleh cakap apa dah..kalau nak ke bangsar nak makan sup lidah, sanggup pandu dari Ampang Hilir. 
Ini rahsia untuk sang isteri..puji suami dulu kemudian baru tegur...Contoh.." jubah hijau abang tu kena betul dengan seluar putih, nampak segak....T A P I kalau jubah putih dan seluar putih dan serban putih lagi molek kalah Tok Imam " bukan apa saya dah terkena banyak kali dah nak tarik muka masam pun tak jadi.. 

2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya. 
Adam: Ini kes berat, kunci hilang !, stokin hilang, jam hilang, fail hilang ! Sebenarnya bukan hilang tapi letak salah tempat kemudian lupa tempat mana disimpan. Nak mudahkan cerita, buat satu sudut khas untuk suami lunggukkan barang barang. Kalau ada yang salah tempat sila cari di tempat yang paling tidak logik...kunci dalam peti ais, fail dalam almari bilik air, jam dalam bilik air....Tolong cari dengan diam diam...kalau waktu cari barang mulut bising...alamat lagi lama masa yang diperlukan atau langsung tak jumpa.. 

3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami. 

Adam: ini saya tak setuju sikit, kalau betul salah suami maka mesti disebuntukan jam tu jugak, jangan simpan dalam hati. Kalau orang lain yang salah, kalau suami rajin nak dengar maka ceritakanlah pada suami.
4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati. 
Adam: " Memanglah saya nak buang sampah ni tak payah lah sebut 10 kali" Hilang pahala nak buang sampah malam tu.. Kadang kadang perlu juga disebut sebut sebut kalau tidak maka tak akan dibuat. Contohnya membaiki sesuatu didalam atau diluar rumah. Pandai pandailah berhikmah. "Bilik air tu dah lama leaking tu, kan dah membazir, kan kerja setan membazir, dah kena bayar pada kerajaan, awak kan penyokong besar kerajaan, suka bayar bil banyak banyak" kalau tak dibaiki juga, maka panggillah tukang paip... 
5. Elakkan dari membuat suami merasa tidak mampu / tidak layak / atau tidak berkebolehan. 

Adam: ini pantang tok nenek..Ini juga boleh jadi gaduh besar perang dua tiga hari..."Aku dah beli rumah besar, kereta besar, t.v besar, rantai gelang besar, komputer besar, awak pun dah besar nak apa lagi......" Ini dah jadi bunga tahi ayam kata seorang sahabat. Salah satu ciri ciri isteri yang solehah ialah mengelakkan benda benda ni..
6. Kebanyakan suami merasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu isteri harus sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas dari suami. Kebanyakan suami memang kurang bercakap dengan isteri. 

Adam: Ini asyik duk bergebang di telepon memanjang saja, kayalah telekom dan mobikom...Macamana nak duduk berkomunikasi kalau seorang asyik baca majalah dan seorang lagi bergayut di telepon dan geng geng sibuk main computer games.. 
7. Jangan cabar suami. 

Adam: Ini kena tengok tempat dan keadaan. " Saya cabar awak basuh lantai lagi bersih dari saya" Kalau lantai tak berkilat macam cermin, jangan panggil aku Panglima Adam...huh" Cik cabar Abang upgrade ke Pentium 233, 56K modem, laser printer dengan flat bed scanner..." Ini dah mengarut dah..ni.

8. Bila berselisih faham / berkrisis / bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu. 
Adam: Ini amat susah dang bini nak buat..semua cerita pasal raya tahun 87 pun keluar, kisah perang zaman Tok Kaduk pun keluar. Ini sebab kalau bini marah kena keluarkan dan dilepaskan dikala itu juga supaya cerita cerita purba tidak lagi terbit. Kalau terbit jugak " Stop stop,kita dah gaduh pasal tu tak boleh sebut sebut lagi...perbahasan sekarang ialah pasal Suharto yang ingat dia macam Sultan dan raja....bla bla 

9. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang "rekod lama" dan jangan melabel suami berdasarkan rekod tersebut.
Adam: Sama seperti no 8 diatas. Tak tahu lah apa sebab..mungkin dah jadi budaya kita...memang susah nak puji memuji diantara laki bini..Macam nak keluarkan emas dari mulut. " Syukur Alhamdulillah abang tak sesat dariiving kali ni di........." puji puji jangan tak puji. 

10. Jangan engkar mengenai apa yang dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan / mempamerkan persetujuan tapi tidak bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama.

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

    Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.
       

    1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
    2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
    3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
    4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
    5. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
    6. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
    7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
    8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
    9. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
    10. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
    11. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
    12. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
    13. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
    14. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
    15. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
    16. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
    17. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
    18. Jangan jima’ di dalam air.
    19. Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
    20. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
    21. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
    22. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
    23. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga. 

TABIE WANITA KUAT ASMARA

Di sini kami sajikan ciri-ciri wanita yang pandai berasmara. Selain teknik, kenikmatan itupun dapat kita peroleh dari lawan main kita. 

 Dalam hal ini, menurut ilmu psikologi, ada beberapa peringkat wanita yang mempunyai bentuk tubuh tertentu yang dapat membawa kenikmatan. 


Bezanya dengan para wanita yang berpunggung besar, mereka hanya terbatas pada suka bermain asmara sahaja. Soal dapat tidaknya membawa kenikmatan, itu belum tentu. 

Di bawah ini, anda boleh pilih yang mana bentuk yang anda suka:- 

1. Mereka berperawakan kecil pendek, kaki berisi bagai batang padi dan payudaranya menonjol sedang tapi menentang.

2. Mereka yang berperawakan kecil bersih, sinar matanya galak, alisnya hitam lebar hidung dan mulutnya kecil, serta bibirnya tipis dan selalu basah, payudaranya menonjol, serta kepalanya kecil.

3. Mereka yang berkulit putih kuning, tajam tatapan matanya, berperawakan sederhana, rambut hitam berombak dan sedang payudaranya.

4. Mereka yang bertubuh kecil pendek, tubuhnya agak bongkok undang, dadanya sempit dan kakinya berisi bagai batang padi.

5. Mereka yang bertubuh kecil, berpunggung lebar, payudaranya kecil, dagu bulat telur, rambut berombak, alis lebat dan jalannya bagai orang lapar.

6. Mereka yang bertubuh kecil, rambut ikal, berwajah cerah, bertubuh ramping dan kulitnya merah cerah.

7. Mereka yang berkepala kecil, payudaranya besar menonjol, berkulit kuning, jalannya bagai orang lapar dan matanya sayu.

8. Mereka yang bongkok udang, pada tangan dan kakinya ditumbuhi bulu halus, sedikit bertmisai, punggungnya lebar, bermulut luas, tatapan matanya tajam dan berambut berombak.

9. Mereka yang berhidung kecil, mulutnya kecil dan berbibir tipis nampak selalu basah, bermata redup, berdagu bulat telur dan payudaranya menonjol.

10. Mereka yang berkulit kuning langsat, bertubuh ramping, rambut berombak, suaranya serak-serak basah dan payudaranya kecil.

11. Mereka yang bertubuh kecil, berwajah bulat telur, sinar matanya tajam, kaki berisi bagai batang padi dan payudaranya menonjol.

12. Mereka yang bertubuh kecil rendah, kaki berisi bagai batang padi, dada lebar, berdirinya tegap.

13. Mereka yang berpunggung lebar, rambut berombak dan mulut lebar dengan bibir sedang.

14. Mereka yang bermata lebar, tajam sinar matanya, berhidung kecil, mulut kecil dan bibir tipis selalu kelihatan basah, serta rambutnya berombak.

15. Mereka yang matanya besar, alisnya lebar, kaki dan tangannya mempunyai bulu-bulu halus, sedikit berkumis dan suaranya merdu.

Wanita jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga

 "Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys
only*. ;-j

*******************************************************************************************************

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh
tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat
di rumah' saja.. ;-j

KATA PERANGSANG UNTUK MEREKA YANG BELUM DITEMUKAN JODOHNYA.


JIKA sehingga kini ini anda belum mendapatkan jodoh sementara teman-teman sebaya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak sementara umur terus bertambah jika anda mengalami perkara seperti ini sebaiknya anda jangan panik dan bingung. Jom baca 5 kata-kata perangsang untuk mereka yang belum dapat jodoh ini :

1. Anda bukan orang terakhir : Anda keluar rumah dan melihat seolah semua orang sudah mencari pasangan mereka. Anda pun merasa menjadi orang bujang terakhir yang tinggal di bumi. apapun, hal itu tidak benar. Percayalah, ada seseorang yang sangat istimewa yang kelak akan mendapatkan anda.

2. Jangan tertekan : Memang mengucapkan sesuatu lebih mudah daripada melakukannya. Namun membiarkan diri untuk tertekan jelas tidak akan mengubah keadaan. Jadi, pastikan anda selalu berfikiran positif mengenai masa depan anda.

3. Jangan putus asa : Hari istimewa anda akan datang, meskipun tidak tahu bila-bila hal itu akan terjadi. Jadi sambil menunggu waktu itu, jangan membiarkan diri larut dalam keputusasaan. Sebaliknya, jalani hidup anda dengan lebih ceria dan memanfaatkan kesempatan yang ada untuk bertemu pasangan.

4 . Jangan lupa, manfaat menjadi orang bujang : Bujang maksudnya anda sendirian dan boleh melakukan banyak perkara yang anda suka tanpa batasan orang lain. Ingat saja berbagai manfaat menjadi bujang, dengan demikian anda akan lebih bersyukur.

5 . Jangan sampai terpaksa menikah : Apakah anda pasti menginginkan kehidupan seperti yang anda lihat? Sebab tidak semua yang nampak baik dari luar sama seperti yang terjadi di dalam. Berkahwin bukan hal mudah, jadi jangan sampai terpaksa melakukannya hanya kerana anda tertekan dengan status bujang anda.

Sekarang tarik nafas panjang dan fikirkan dengan baik penjelasan di atas. Semoga anda tidak lagi merasa buruk sangka dengan keadaan yang sekarang

Nota : Semuanya diatas ketentuan dan kehendakNYA jua, apapun jua kita perlu juga berusaha dan beriktiar jangan sekadar menyerah bulat-bulat pada takdir semata-mata.

“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.

Akrab dengan al-Quran menjadikan Abil seorang yang tabah.
“Saya bukan cari publisiti." Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad.

Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.

Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama 'abil4fauziah' sebagai diari.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online, Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas yang diterimanya sebelum ini cukup meruntunkan hatinya apabila ada pihak yang cuba menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.

“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak yang sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.

Dia yang tinggal di Seremban berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?"

“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.

Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.

“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.

Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.

Katanya, baju kurung Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.

“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.

Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini sangat meriah. Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira. Kami sekeluarga gembira.

“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.

Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal 'diiringi' kemurungan dan kesedihan.

Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.

“Orang ramai tidak putus-putus datang berkunjung untuk beraya sambil menziarah. Ada yang saya kenal tetapi ramai juga yang saya tidak kenal datang bersama keluarga.

“Bukan kawasan sini saja, ada yang datang jauh dari Kelantan dan Johor,” katanya.

Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.

“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.

Fauziah merupakan cinta pandang pertamanya.

Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.

“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.

“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya yang mengakui tidak pernah terlintas untuk berkahwin lain.

Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”

Kata Abil, ketika itu dia tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.

“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia.

“Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit,” katanya.

Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.

“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.

“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya.

Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.

“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank atas nama Abil, akaun 1551-7109-4087 atau menghubungi Abil sendiri menerusi 016–2634258.



---> blog Encik Abil 








Cara Nak Tenangkan Hati

Mengikut Pakar Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

tolong share k?

5 Tanda Awal Penyakit Jantung | Kesan Penyakit Jantung | Penyakit Pembunuh No 1 Dunia


Penyakit jantung seakan menjadi penyakit yang biasa dihidapi masyarakat. Sebelum ia menjadi semakin parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.


1. Sakit Dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar Bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang Selera Makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat
Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.

nota :  sila rujuk nasihat pakar kesihatan .

10 Tips Tingkatkan Metabolisma Tubuh Badan Anda

Metabolisma dalam badan adalah bergantung kepada individu tersebut. Ada yang mengalami metabolisma tinggi dan ada yang sebaliknya. Apabila kita menjengah umur 20-an ke atas atau pun mula menjengah 40-an ke atas kadar metabolisma kita akan mula menurun dan kita akan nampak kesannya dengan kenaikan berat badan yang mendadak berbanding dahulu.

Kalau dahulu banyak mana sekalipun makanan yang anda makan masih lagi dapat mengekalkan bentuk dan berat yang ideal, kini tidak lagi.

Bayangkan anda telah berdiet dengan mengurangkan pemakanan tetapi apabila anda termakan lebih sedikit sahaja berat anda cepat meningkat dan tidak menunjukkan penurunan. Adakah ini merisaukan? Bukan sahaja membuatkan anda risau, malah anda akan hilang motivasi untuk terus berdiet.

Kadar metabolisma ini bergantung kepada beberapa faktor. Lelaki lebih mudah untuk membakar kalori berbanding perempuan berdasarkan saiz otot mereka yang lebih besar. Yang muda lebih mudah untuk membakar kalori berbanding yang sudah berumur. Walaupun anda tidak boleh kawal dari segi umur, genetik dan juga jantina, terdapat cara yang boleh tingkatkan metabolisma anda.

1. Bina otot
Tubuh badan kita sentiasa membakar kalori, walaupun pada waktu kita rehat. Kadar metabolisma ketika rehat ini menjadi lebih tinggi apabila seseorang itu mempunyai otot yang lebih besar. Setiap 0.5kg berat otot menggunakan tenaga lebih kurang 6 kalori setiap hari hanya untuk mengekalkan saiz otot tersebut sahaja berbanding 1 pound atau 0.5 kg lemak hanya membakar 2 kalori sahaja sehari. Perbezaan yang kecil ini akan semakin ketara dengan masa. Apabila anda melakukan aktiviti angkat berat, otot anda akan bekerja keras dan akan menambar kadar metabolisma ketika anda rehat.

2. Tingkatkan jenis senaman anda

Senaman aerobik mungkin tidak membantu anda membina otot yang lebih besar, tetapi ia dapat tingkatkan kadar metabolisme anda beberapa jam selepas anda melakukan senaman. Kuncinya, cuba sehabis baik. Senaman yang ‘high intensity’ memberikan anda pembakaran lemak dengan lebih besar dan lebih lama daripada jogging biasa. Caranya, sekiranya anda berjoging, tingkatkan kelajuan anda dalam masa yang singkat dan diselangi dengan kelajuan biasa. Atau sekiranya anda pergi ke gym, lakukan senaman yang lebih berat daripada biasa dengan waktu rehat dikurangkan.

3. Banyakkan minum air.

Badan perlukan air untuk proses kalori. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, kadar metabolisma anda akan jadi perlahan. Di dalam kajian yang telah dijalankan, seseorang yang minum 8 gelas air suam membakar kalori lebih tinggi daripada seseorang yang minum hanya 4 gelas air suam sahaja sehari.

4. Minum minuman yang berais.

Badan akan cuba memproses untuk meningkatkan suhu air tersebut sekiranya anda minum air suam yang berais. Untuk meningkatkan suhu air tersebut memerlukan tenaga, dan dari situ tubuh badan anda akan cuba membakar lebih kalori berbanding biasa. Kajian mencadangkan 5 hingga 6 gelas air suam berais mampu membakar 10 kalori tambahan setiap hari. Anda juga boleh mendapat manfaat dengan meminum kopi mahupun teh hijau dengan meletakkan ais. Asalkan kopi dan teh hijau tersebut tidak mempunyai gula.

5. Makan dengan lebih kerap.

Makan banyak sudah pasti menambahkan berat. Tetapi makan dengan lebih kerap membantu anda meningkatkan kadar metabolisma. Apabila anda hanya makan 3 kali sehari sudah pasti anda mengambil satu porsi yang besar berbanding dengan makan lebih daripada 3 kali sehari. Metabolisma badan anda akan turut juga menurun. Apabila anda mengambil makanan dengan lebih kerap anda dapat mengekalkan metabolisma badan anda daripada jatuh. Sebaiknya makan setiap 2 jam setengah dengan kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap.

6. Pedaskan makanan anda.

Makanan yang pedas mempunyai bahan kimia yang mampu ‘kick’ metabolisma kepada gear yang lebih tinggi. Kesannya mungkin sekejap tetapi apabila anda berterusan makan makanan yang agak pedas, kesannya akan bertambah.

7. Tinggikan protein dalam makanan.

Badan memerlukan lebih banyak kalori untuk menghadap makanan yang bersumberkan protein berbanding makanan yang bersumberkan lemak dan juga karbohidrat. Protein memerlukan 25% lebih tenaga berbanding lemak untuk dihadamkan. Walaupun anda inginkan makanan yang seimbang, dengan menggantikan sedikit sumber karbohidrat anda dengan makanan yang kaya dengan sumber protein mampu merangsang kadar metabolisma anda.

8. Minum kopi hitam.

Sekiranya anda memang menjadikan kopi sebagai rutin harian, anda mungkin merasakan tenaga dan daya tumpuan semakin bertambah terutama ketika waktu pagi. Sekiranya anda minum secara sederhana, ia mampu membantu meningkatkan kadar metabolisma anda.

9. Minuman teh hijau

Terlalu banyak kajian yang menunjukkan faedah-faedah teh hijau. Anda tidak boleh menafikan kebaikannya untuk kesihatan badan. Di dalam kajian sains, apabila anda minum 2 hingga 4 cawan teh hijau sehari, ia akan membakar kalori di dalam badan ada sebanyak 17% lebih tinggi daripada biasa dalam masa yang singkat.

Sebaiknya minum teh hijau ketika anda melakukan aktiviti untuk ‘boost’kan lagi kesannya.

10. Elakkan diet yang melampau.

Diet yang melampau biasanya melibatkan diet yang hanya mengambil kurang daripada 1000 kalori. Walaupun diet ini membolehkan anda menurunkan berat badan dalam masa yang singkat tetapi ia akan menyebabkan metabolisma anda menjadi perlahan. Diet ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada berat otot juga berkurangan. Ia tidak hanya bertindak pada lemak tetapi juga pada otot. Semakin ringan berat otot anda semakin rendah metabolisma anda.

Akibatnya, badan anda akan mula mengadaptasi dan membakar kalori dengan lebih rendah dan mudah menyebabkan berat anda bertambah dengan mendadak lebih tinggi daripada sebelum anda berdiet.

Impak daripada makanan dan minuman yang telah dijelaskan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja berbanding apa yang anda perlukan untuk mengekalkan penurunan berat badan anda.


4 sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia

Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia bukan?

Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran.

Jadi apakah sebab wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?

(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat matang berbanding wanita.
Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.

(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab dan dipercayai
. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali mereka.

(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti kehidupan.
Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.

(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari ini.
Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.

nota :




Amalan dan Doa sebelum memulakan Perjalanan

Doa yang  nak kongsikan hari ini ialah doa sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, amat disarankan supaya membaca doa ini agar perjalanan kita dilindungi oleh Allah swt sehinggalah selamat sampai ke destinasi.

Apabila kita hendak keluar dari rumah, bacaan-bacaan yang elok diamalkan ialah:

Baca ayat Kursi



Baca surah al-Ikhlas 7 kali


Kemudian bacalah doa perjalanan.
Ini adalah doa yang dibaca jika kita menaiki kenderaan darat. Jadi, masuk je kereta tu, baca dulu doa ni ok.


Kelebihan membaca ayat Kursi
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Akikah Nur Amni Damia & Ahmad Aqil

salam hari raya buat rakan-rakan ... 
semoga ceria di hari raya kali ini .. 
duit raya kalau dapat banyak jangan membazir pulak ye ..
hehe ..

mood raya pom dah beransur kurang sekarang ni .. mood esimen pulak muncul .. 
ahahaha

malas nak taip panjang .. jom tengok gambar yer

 aqil dan damia

 ready dah ni .. 

 amek gambar dulu jap .. hoho

 masanya dah tiba .. bismillah ..

 akhirnya .. 

 dalisha dan danish ..

 depan rumah jap ..

 sedia untuk dilapah oleh pok tajul ..

 dah ready nk g stadium tgk bola ni ..
terengganu lwn kelantan ..
ahahaha

PERANGAI PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA | Wanita Idaman Malaya

Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama :

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.


2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk

Antara Sebab Perempuan Cari Lain | Cinta Yang Tidak Ikhlas |


Kadang-kadang orang selalu cakap , perempuan ni bila dapat yang baru , yang lama dilupakan begitu saja tapi pernah tak kaum lelaki berfikir kenapa kaum perempuan selalu cari lain ?

Haaa nak tahu ke kaum lelaki semua ?

sebenarnya adalah beberapa faktor yang buat perempuan ni cari lain , antaranya :-


abam ming. Powered by Blogger.