Widgets

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi
kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk
sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan
kesenyapan itu. 



Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik
kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk
memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.


Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak
sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang
mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang
barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah
fikirannya.


Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada
klien dan kaunselor untuk mengimbas kembali diri masing-masing
semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi peluang kepada
kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan
lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih
teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain lagi.


Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita
yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi
kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan
kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masauntuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.